• I SUPPORT

    banner1
  • Recent Comments

    meorsoleh on 2016
    Certain Somebody on 2016
    meorsoleh on Reasons
    han! on Reasons
    meorsoleh on End of posting
  • Archives

  • Carta PERUBATANonline
  • Site meter

    SiteMeter
  • Disclaimer

    Some rights reserved.

    The writer has a mortal fear of lawyers - the blog isn't here to infringe upon any copyrights or break any laws, it's here to be a papyrus for the writer's humble life memories. Give any comment if you have any questions or concerns. Something will be done:).

  • Blog Stats

    • 33,932 hits
  • Others

  • Meta

  • VIPs who came here

2016

Bismilah.

1 Jan 2016 dah berlalu sudah.

Alhamdulillah. Malam 31 hb kali ini, aku sedang berehat di dalam rumah disamping isteri tecinta. Nasib baik tak payah oncall. Eh tapi aku standby. Namun begitu nasib baik tak ada kes. Huhu.

Tahun 2015 merupakan tahun yang mana aku telah menamatkan housemanship aku seterusnya memulakan khidmat sebagai seorang MO. Memang sukar untuk memikul tanggungjawab dan membuat keputusan. Lagi lagi keputusan yang melibatkan nyawa orang. Tambahan pula dengan sikap aku yang suka fikir banyak dan fikir all the worst thing that could’ve happen.

Seriously, time oncall aku memang tak tenang dan tak tenteram. Juga moody.

Bukan sekali dua, malahan dah banyak kali aku sering berborak dengan kawan kawan dan staff hospital, yang aku macam sedikit menyesal kenapa la aku tak memilih untuk jadi guru.

Tak ada oncall, dan tak perlu nak fikir kalo pesakit tu balik rumah, esok die akan sembuhkah, atau esok dia akan makin teruk?

Yang penting, cikgu memang dipengaruhi orang cuti sekolah, cuti umum dan cuti peristiwa.

Lain lah kerja doktor kerajaan. Banjir ke, jerebut ke, takde letrik, takde air, dan sebagainya, still kena buka.

Letih.

Aku memang selalu sangat terfikir nak berenti kerja. Tapi tu la. Kalau tak kerja, mane nak dapat gaji? Ape je kerja yang konfirm boleh bagi minimum sedebuk RM3K sebulan?

Kalo kerja sendiri, at least tahun pertama tu memang konfirm sesak. Tu tak masuk lagi tekanan dari ibubapa dan sanak sedara. Terutama tekanan mulut.

Abang aku dah berenti kerja swasta, buat kerja bisnes. Memang jelas sangat, mak bapak aku, even aku pon, macam sedikit sebanyak rase rugi betul beliau berenti padahal kerja die gajinya not bad.

Tapi aku malas nak cakap banyak. Sebab aku pon faham. Kalau dah tak minat tu, memang rasa tak best.

Tak tahu la nak salahkan siapa. Mak aku dulu pernah bagi semangat kat aku, masa aku rasa down gila time mula mula start posting dulu. Mak aku cakap, die dulu pon kerja tension jugak. Setiap hari rasa phobia bila tengok pintu pagar sekolah (mak aku cikgu). Tapi aku tak nampak pon beliau camtu dulu. Mungkin time tu aku baru umur 7 tahun. Tapi mak aku sabar. Keja sampai pencen. Sekarang hidup stabil je makan duit pencen bulan-bulan.

Dulu terbaca, memang generasi dulu dan sekarang berbeza sebab zaman berbeza. Dulu zaman perang, zaman ekonomi meleset. Mak aku cakap arwah atok memang slalu nasihat cari kerja dengan kerajaan. Stabil, dapat pencen. So memang diorang sabar je la kerja sampai pencen.

Tapi generasi aku ni, fikir we are more than that. Bercita tinggi la kunun. Wanted to only do what we want to do. Mungkin ade sikit naik lemak. Tak suka, tak nak kerja. Tak sabar.

Tapi entah la. Kekadang terfikir jugak kalo aku jadi cikgu, adekah aku akan jadi lebih gembira?

Wallahualam.

Esok Isnin. Start kerja selepas cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad. Cam biasa la, blues tu datang balik. Huhuhu.

Ya Allah, berikanlah aku pentunjuk, dan berikan lah aku jalan. Berikanlah aku ketenangan. Amin.

Advertisements