• I SUPPORT

    banner1
  • Recent Comments

    meorsoleh on Air yang bergerak itu lebih…
    paan on Air yang bergerak itu lebih…
    pembangkang meor on Air yang bergerak itu lebih…
    meor on Air yang bergerak itu lebih…
    penyokong on Air yang bergerak itu lebih…
  • Archives

  • Carta PERUBATANonline
  • Flickr Photos

    Jump!

    More Photos
  • Site meter

    SiteMeter
  • Disclaimer

    Some rights reserved.

    The writer has a mortal fear of lawyers - the blog isn't here to infringe upon any copyrights or break any laws, it's here to be a papyrus for the writer's humble life memories. Give any comment if you have any questions or concerns. Something will be done:).

  • Blog Stats

    • 17,015 hits
  • Others

  • Meta

  • VIPs who came here

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Pada suatu hari, terdapat seorang pemuda sedang berasak-asak di sebuah pasar. Tujuan hanya satu, ingin membeli barang keperluan untuk hari raya. Beliau sedar, selama ini beliau hanyalah pemerhati semasa persiapan raya diadakan. Tetapi kini akhirnya beliau sendiri yang perlu melakukan sendiri persiapan raya, sendiri buat pertama kalinya.

Tatkala kelibat kedai ayam sudah menjelma, pemuda itu segera mengorak langkah ke kedai terbabit. Oh ye, lupa pula nak bagi tahu. Pemuda tersebut pergi ke pasar bersama-sama sahabatnya. Justeru kedai ayam memiliki barisan yang agak panjang, pemuda tersebut mengambil keputusan untuk menyertai barisan tersebut, tatkala sahabatnya meneruskan tujuan kedatangan mereka ke pasar itu.

Pemuda pada mulanya keliru, mengenai prosedur untuk membeli ayam yang di sembelih ketika itu juga. Pemuda itu bukanlah seorang yang buta bahasa Arab, tapi menyusun perkataan bukan suatu kerja yang mudah, dan kehadiran ramai orang menyebabkan pemuda tersebut perlu berwaspada agar imejnya kekak sejuk (cool). Akhirnya, pemuda terserampak pemudi (bukan nama sebenar) lalu memberanikan diri menanya prosedur. Akhirnya pemuda berjaya menempah dua ekor ayam yang agak gemuk.

Ketika menunggu, pemuda tersebut berasa agak pelik melihat ada orang yang lebih dahulu mendapat ayam yang ditempah hanya tak sampai 10 minit ayam pilihannya di timbang. Padahal, banyak lagi orang lain yang belum mendapat ayam masing-masing, termasuklah pemuda tersebut.

Pemuda juga berasa pelik, ketika proses pencabutan bulu ayam, semua jenis ayam dicampur aduk. Jadi, bagaimanakah pembeli dapat mengenali ayam-ayam pilihan mereka? Adakah mereka (penyembelih dan pengusaha) memiliki peringatan sejenak? Sekali pandang sudah cam dengan teliti ayam hak milik siapa??

Rupa-rupanya, penulis.. eh, pemuda tersebut berasa agak terkilan. Kerana walaupun pemuda tersebut bukanlah sebaik wali mahupun alim ulama, tapi pemuda tidak menyangka di hari terakhir bulan puasa, hari sebelum Aidil Fitri, masih ade pihak yang memakan rasuah!

Ya, rasuah. Kalian yang menempah ayam akan mendapatnya dengan lebih awal dengan menghulurkan sejumlah wang. Walaupun jumlah hulur-an tidak lebih LE1=RM0.6, tetapi apakah penyembelih itu tidak fikir halal haram? Apakah beliau sangka dengan memberi alasan ayam sudah bercampur aduk; beliau tidak tahu mana satu, beliau boleh lepas tangan? Bagaimana dengan bayar lebih, dapat ayam kurang? Manakala orang bayar kurang, dapat ayam lebih??

Tapi pemuda tersebut terfikir juga untuk memberikan rasuah. Tetapi pemuda tersebut bernasib baik kerana akhirnya tuan kedai penjaga duit akhirnya masuk campur dalam pengagihan daging ayam tersebut.

Wallahualam.

Pada kesempatan yang tak seberapa sempat ini, sukacitanya saya ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir Batin

Kepada semua pembaca, dan semua pihak yang mengenali diri saya. Daripada ahli keluarga, saudara, sahabat handai dan banyak lagi. Mohon maaf sepuluh jari, daripada hujung rambut hingga hujung kaki, andai ada silap semasa berperi. Kalau ade terumpat ke, terkutuk je, dan banyak lagi ter ter, sama ada tertak sengaja, atau tersengaja, 0-0 ye…

idul-fitri-bulan.gif

 

Sekian, terima kasih.

3 Responses

  1. sana tak ada tesco ke?

  2. meor nk myibuk jwb, x de..

    >> selamat hari raye gk, maaf zahir batin.
    kullu sanah wentum bikhair~

  3. @khairil zhafri: ikea, dan other home-based franchise tidak ade same skali… lagipun, beli kat pasar lagi super murah…
    @hani: sila la menyibuk.. dah menyibuk gak pon.. hehehe…
    >>>selamat hari raya gak, maaf zahir batin… kullu sannah wa enti toyyibin….

Leave a Reply