Dah lame tak update blog (ayat cliché). Ape-ape pun, aku baru je lepas cas tenaga aku yang telah dihabiskan semasa mengulangkaji Patologi (konon tekun). Cam mane aku cas? Tentu la tidur. Dan yang menariknye, aku mimpi sesuatu yang menarik, tapi ade gak bahagian-bahagian yang tak menarik sebalik kemenarikkan itu. (Tak paham, bace sekali lagi. Takpe, tak kene bayar pon kalau ulang)
Aku mimpi aku tetiba je teringin nak balik Malaysia. Dan secara automatiknya, mak aku kate aku ade satu tiket percuma. Sebab kononnya tahun lepas aku dah beli tiket pergi balik, tapi mase nak balik ke Mesir ni, mak bapak aku pon ikut sama (ini rekaan). Jadi kiranya aku beli tiket baru la, sebab nak tarikh sama dengan diorang. Aku pon ape lagi terus beli tiket. Yahooo~
Nak dijadikan cerita (alamak, bahagian ni dalam mimpi aku dah start kabur), memang best la dok kat Malaysia.
Tapi malangnye, aku tak beberapa sedia untuk balik Malaysia. Duit aku dalam bank kat Mesir dah memang kosong, jadi aku tak bawak balik langsung duit untuk dibelanja di Malaysia. Dan untuk peperiksaan sem ini, aku cam malas banyak, jadi aku takut gagal. Sebab kalau gagal aku kene balik awal… T_T
Jadi keadaan bimbang itu menyebabkan cuti aku kat Malaysia tak seronok. Aku siap fikir lagi, apasal aku pi gatai balik Malaysia ni haa…. Sampai aku harap ni semua mimpi… Nasib baik memang mimpi pon.. Haha~
Ape-ape pun, aku masih tetap dengan keputusan aku untuk tidak balik. Hmpph!!
************************************************************
Jadi, kerajaan telah mengubah kembali polisi untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu (Malaysia?) Pendapat aku, entah, ok la kot. Aku suka bahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu ni tak original, sebab banyak perkataan pinjaman, tapi ape-ape pun itula bahasa aku sejak aku kecil. Bahasa yang menjadi pengantara utama bermulanya perjalanan aku sebagai pelajar.
Sejak kecil, aku memang suke sangat bace buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Lagi-lagi buku Himpunan Kisah-kisah Klasik (tak sure name penuh buku ni. Tapi buku ni besar, ade jaket. Berwarna kulitnye. Ade banyak siri). Buku ni selalu ade dalam Pesta Buku DBP je. Susah nak cari melainkan di kedai-kedai DBP.
Jadi, harapan aku agar DBP memainkan peranan dengan lebih efisyen (dan lebih jelasla.. harapnye. Sebab kebanyakan orang komplen DBP tak buat ape-ape… Padahal takkan nak buat kerje nak kene nampak baru dikatakan buat kerja? ). Mungkin DBP boleh kitar semula perkataan-perkataan lame dalam Kamus DBP, lalu dijadikan istilah-istilah sains. Daripada terus tukar communication jadi komunikasi.
Tapi entah la… bak kate pepatah, “tiada rotan akar pon bergune juga”
************************************************************
Rancangan Spontan best! Tadi aku donwload la episod 5 gune torrent. Dan ade satu babak ni, di mana seorang penonton akan dipilih untuk naik ke pentas, dan para pelawak spontan akan menyanyikan lagu mengenai beliau. Maka, sebelum menyanyi para pelawak Spontan tu akan bertanya pade penonton tu latar belakang beliau sebelum diorang nak start nyanyi.
Jadi, Douglas Lim tanye la penonton ni (lelaki) tentang cita-cita beliau. Tapi penonton tu senyap kejap. Eh, lame. Agak menyedihkan la bile remaja Melayu tidak ade cita-cita. Erm.. Tapi tak boleh salahkan beliau 100%. Beliau masih 17 tahun. Perjalanan masih jauh dan ape ape pun yang mungkin terjadi akan terjadi…
************************************************************
5 exams from 10 exams to go~!! Wish me luck!!
Filed under: Opinion and Musings | 4 Comments »










